Dipukul lima individu termasuk Datuk Seri, pengurus syarikat tuntut keadilan

Dipukul lima individu termasuk Datuk Seri, pengurus syarikat tuntut keadilan

MUHAMMAD NUR HAKIM Baharudin bersama barisan peguamnya menunjukkan gambar kecederaan dialami dan salinan laporan polis ketika sidang akhbar di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/HADI AB. MANAP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pengurus syarikat berkaitan ejen takaful meminta tindakan segera pihak polis berkaitan kes pukul membabitkan seorang kenamaan bergelar Datuk Seri yang menimpa dirinya pada 14 November lalu.

Muhammad Nur Hakim Baharudin, 30, mendakwa, meskipun sudah hampir sebulan kejadian itu berlaku dan dua laporan polis telah dibuat, lima individu terlibat termasuk Datuk Seri berkenaan belum dihadapkan ke muka pengadilan.

Jelasnya, bukti berkaitan insiden itu juga jelas terakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah restoran di Taman Melaka Raya di sini yang merupakan lokasi kejadian.

“Ketika kejadian kira-kira pukul 8.30 malam saya bersama seorang rakan sekerja sedang menemu duga seorang wanita yang ingin menyertai syarikat kami sebagai ejen takaful. Wanita berkenaan merupakan pekerja di syarikat Datuk Seri itu.

“Saya percaya individu yang ditemu duga pada hari kejadian telah dihantar oleh Datuk Seri berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan saya, memandangkan beberapa pekerjanya sebelum ini telah berhenti dan menyertai syarikat saya.

“Mereka berlima bukan sahaja memaki hamun saya, tetapi turut melakukan kekasaran sehingga mendatangkan kecederaan. Sudah hampir sebulan kes ini dilaporkan, namun belum ada tindakan sewajarnya daripada pihak berkuasa,” katanya dalam sidang akhbar di Ayer Keroh di sini, semalam.

Dalam pada itu, wakil peguam, Sa’eed Khaliq berkata, kes anak guamnya sepatutnya tidak tergantung tanpa sebarang pendakwaan memandangkan terdapat bukti kukuh iaitu rakaman CCTV.

“Tujuan kami mengadakan sidang akhbar ini adalah bagi memberikan maklumat berkenaan dengan kes yang mana sedang berjalan. Kami ingin menzahirkan keprihatinan terhadap anak guam kami tentang apa yang berlaku, ketidakadilan yang telah berlaku kepada anak guam kami.

“Di mana anak guam kami telah membuat laporan polis. Anak guam kami telah mengalami kecederaan fizikal seperti bibir berdarah, tengkuknya sakit di belakang dan tumbukan yang diberi agak kuat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya