KINSHASA: Penyakit misteri dilaporkan melanda kawasan pedalaman Republik Demokratik Congo (DRC), yang didakwa meragut sekurang-kurangnya 143 nyawa sejak 10 hingga 25 November lalu. Para saintis masih belum dapat mengenal pasti penyakit tersebut, namun menyenaraikan beberapa gejala serius yang dialami mangsa sebelum kematian, termasuk demam, sakit kepala, batuk dan anemia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menerima sampel pesakit untuk ujian lanjut, tetapi masih belum bersedia mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai situasi itu. Menurut laporan Associated Press, kes kematian berlaku di zon kesihatan Panzi, wilayah Kwango dan pakar kesihatan bimbang keadaan boleh bertambah buruk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya