Break gagal berfungsi dipercayai punca lori tangki terbabas - Utusan Malaysia

Break gagal berfungsi dipercayai punca lori tangki terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Sebuah lori tangki dipercayai mengalami masalah brek sebelum terbabas dalam kejadian di Kilometer 28, Lebuhraya Karak di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika lori tangki berkenaan dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Pelabuhan Klang.

“Lori membawa muatan minyak sawit itu dipandu seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun dipercayai mengalami masalah brek dan gagal berfungsi.

“Lori terbabit kemudiannya hilang kawalan sebelum terbabas di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam

Bagaimanapun, menurutnya, kemalangan tersebut tidak melibatkan kenderaan lain.

Jelasnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Pavinar Krishnamurthy di talian 017-4424699 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya