Bayar petrol guna aplikasi, kemudian seludup ke Thailand

Bayar petrol guna aplikasi, kemudian seludup ke Thailand

SEBAHAGIAN tong jerikin berisi petrol yang berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan-IHSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Taktik licik penyeludup membuat belian petrol menggunakan aplikasi untuk tujuan peyelewengan terkongkar selepas diserbu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di sini semalam.

Dalam serbuan 10.30 malam itu, KPDN Kelantan berjaya merampas 725 liter selepas menahan sebuah kereta jenis Proton Gen2 yang digunakan oleh suspek untuk kegiatan penyeludupan.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, selain itu anggota penguat kuasa turut menahan salah seorang suspek yang berada di dalam kereta tersebut selepas berlaku sedikit pergelutan.

Menurutnya, bagaimanapun seorang lagi suspek yang sedang mengisi bahan bakar itu berjaya melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu, kita telah menjumpai tong jerikin berisi minyak petrol yang disimpan di bahagian but dan
tempat duduk penumpang hadapan dan belakang.

“Sejurus ditahan, suspek gagal
mengemukakan dokumen yang sah berkaitan bahan kawalan itu. Hasil soal siasat mendapati suspek yang bertindak sebagai pembantu mengaku memiliki 725 liter petrol yang dirancang untuk diseludup ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azman memberitahu, terdahulu pihaknya bersama Polis telah membuat intipan hampir dua jam sebelum melakukan serbuan.

Katanya, intipan itu mendapati suspek telah membuat isian secara berulang bagi tujuan penyeludupan.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

“Kesemua barang rampasan, termasuk kenderaan dan minyak petrol, telah disita untuk tindakan lanjut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya