Bas HoHo Klang beroperasi awal tahun depan

Bas HoHo Klang beroperasi awal tahun depan

Bas HoHo Klang
ABDUL Hamid Hussain memotong reben sempena Majlis Pelancaran Bas HoHo di Klang, Selangor. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Bandar raya ini bakal dilengkapi dengan perkhidmatan Bas Hop On Hop Off (HoHo) sebagai satu kemudahan kepada pelancong di kawasan ini bagi melawat tempat-tempat menarik di sekitarnya.

Kemudahan tersebut disasar untuk digunakan oleh pelancong khususnya yang menaiki kapal persiaran dan transit di Pelabuhan Klang untuk tempoh masa sehingga enam jam atau lebih.

Menurut Datuk Bandarnya, Datuk Abdul Hamid Hussain, perkhidmatan tersebut dikendalikan oleh sebuah syarikat LNH Travel & Tours dan dijangka memulakan operasinya seawal Januari ini.

“Khidmat utama Bas Hoho adalah bagi membawa pelancong yang menaiki kapal persiaran yang transit di Pelabuhan Klang sehingga enam jam.

“Dalam masa yang panjang itu mereka boleh menggunakan khidmat Bas Ho Ho untuk melawat produk pelancongan dan membeli-belah di Little India di Jalan Tengku Kelana dan GM Klang,” katanya pada Majlis Pelancaran Kalendar Pelancongan dan Kebudayaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Pelancaran Bas HoHo serta penghargaan kepada media di Dewan Hamzah baru-baru ini.

Beliau menambah, pelancong luar yang transit di Pelabuhan Klang mahu pun pelancong domestik bukan sahaja boleh membeli-belah di Klang malah boleh melawat bangunan bersejarah, menjamu selera, melancong ke Pulau Ketam dan berkunjung ke Tanjung Harapan.

“Pelancong boleh merasai pengalaman bermain permainan tradisional Gasing Pangkah Tradisional Bukit Kapar dan bergambar di Laman Seni Safari Klang.

“Untuk rekod, Daerah Klang dilawati seramai 459,979 pelancong daripada Januari hingga September lepas. MBDK merupakan kawasan pihak berkuasa tempatan ke empat paling tinggi jumlah pelancong di negeri ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya