Bapa saudara ditahan amang seksual - Utusan Malaysia

Bapa saudara ditahan amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penghantar makanan ditahan dipercayai melakukan amang seksual ke atas anak saudara perempuannya di kediaman keluarga di Kampung Ampang Indah, di sini, Jumaat lalu.

Mangsa berusia 13 tahun diperlakukan seperti itu oleh bapa saudaranya berusia 24 tahun pada Oktober lalu di kediaman ahli keluarganya.

Menurut sumber, ahli keluarga yang kemudian mengetahui kejadian itu kemudian membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Khamis lalu untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, suspek sudah ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat atas kesalahan amang seksual fizikal mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya