Bank Rakyat Anjur Muslimah Fest 2024 - Utusan Malaysia

Bank Rakyat Anjur Muslimah Fest 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Rakyat bakal menganjurkan Muslimah Fest 2024 iaitu sebuah acara fesyen dan gaya hidup Muslimah selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Disember ini bertempat di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), Kuala Lumpur.

Acara ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan mempamerkan lebih daripada 70 jenama fesyen Muslimah tempatan terkemuka termasuk produk kecantikan, tudung dan gaya hidup seperti Rockqueen oleh Ella, Alhumaira, Wardah Beauty, Fiziwoo dan banyak lagi.

Menurut kenyataan Bank Rakyat, pengunjung akan menikmati pelbagai tawaran menarik seperti diskaun sehingga 70 peratus, peluang membawa pulang hadiah eksklusif, cabutan bertuah dengan hadiah bernilai keseluruhan RM60,000 dan manfaat istimewa daripada rakan dagang Bank Rakyat.

“Festival ini juga bakal diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan fesyen ‘Elegance Unveiled: The Hijab Runway by Bank Rakyat’, tutorial solekan bersama Wardah Beauty.

“Selain itu, sesi ‘Life as Content Creator and Businesswoman’, dan forum keusahawanan Santai Namun Sampai: Program Usahawan Bank Rakyat. Lebih istimewa, produk baharu Bank Rakyat, ‘My First Credit Card-i’, akan dilancarkan pada festival ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Muslimah Fest 2024 merupakan usaha Bank Rakyat dalam menyokong sektor keusahawanan tempatan khususnya perniagaan Muslimah. Selain memperkenalkan produk kewangan patuh syariah seperti Kad Kredit-i Muslimah.

“Acara ini juga mempromosikan gaya hidup Muslimah holistik yang menepati syariat Islam, termasuk trend fesyen dan keperibadian unggul.

“Melalui usaha ini, Bank Rakyat beraspirasi menjadi rakan perbankan strategik yang memperkasa golongan usahawan wanita, membantu mereka mengembangkan perniagaan,” katanya.

Tambahnya, selaras dengan inisiatif kerajaan untuk melahirkan masyarakat tanpa tunai, festival ini menggalakkan penggunaan transaksi digital seperti Kad Kredit-i, Kad Debit-i, i-MerchantRAKYAT dan platform QR DuitNow Bank Rakyat.

“Festival ini menyasarkan kehadiran 15,000 pengunjung dari sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang khususnya mereka yang ingin membuat persiapan awal untuk Ramadan dan Aidilfitri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya