Banjir: Polis Kelantan rugi RM1.55 juta

Banjir: Polis Kelantan rugi RM1.55 juta

SHAMSUL Anuar Nasarah (dua kanan) ketika mendengar taklimat daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat di Pos Kawalan Operasi Bencana Banjir PDRM di Balai Polis Repek, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan Polis Kelantan mengalami kerugian berjumlah RM1.55 juta selepas balai dan pondok polis ditenggelami banjir.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah bagaimanapun berkata, jumlah itu merupakan anggaran awal.

Menurutnya, anggaran tepat berkait kerugian itu akan diperoleh selepas banjir surut sepenuhnya nanti.

“Sepanjang banjir melanda,
terdapat 10 buah balai dan empat pondok polis telah ditenggelami banjir.

“Jumlah kerugian itu untuk Polis Kelantan, tidak termasuk agensi lain,” katanya pada sidang media selepas melawat Pos Kawalan Operasi Bencana Banjir PDRM di Balai Polis Repek, di sini hari ini.

Shamsul Anuar memberitahu, KDN akan menjalankan bancian lanjut berkait kerosakan balai dns pondok di negeri lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya