Banjir landa Gua Musang pulih sepenuhnya

Banjir landa Gua Musang pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Banjir yang melanda beberapa kawasan di jajahan Gua Musang sejak Selasa lalu pulih sepenuhnya selepas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi ditutup sepenuhnya petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata, PPS itu ditutup secara rasminya pada pukul 5.30 petang semalam susulan banjir mulai surut.

“Kesemua 41 mangsa mangsa yang sebelum ini berlindung di SK Limau Kasturi dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my paras air Sungai Golok kembali melepasi tahap bacaan bahaya iaitu 9.15 meter berbanding normal 5 meter.

Sungai Kelantan di Kuala Krai pula kembali melepasi paras amaran sementara Sungai Kusial di Tanah Merah dan Sungai Golok di Kuala Jambu turut melepasi paras berjaga-jaga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya