JAKARTA: Banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Pulau Jawa, Indonesia awal minggu ini meragut sekurang-kurangnya lima nyawa, manakala tujuh lagi dilaporkan masih hilang, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB). Hujan lebat yang melanda daerah Sukabumi, Jawa Barat pada 3 Disember lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 jambatan musnah dan ratusan rumah rosak. “Sehingga jam 9 pagi 6 Disember, jumlah korban meningkat kepada lima orang, manakala tujuh individu masih hilang,” kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari, dalam satu kenyataan. Menurut beliau, usaha membina jambatan sementara bagi membuka akses ke kawasan terjejas sedang giat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya