Banjir Kelantan makin pulih, 29,327 sudah dibenarkan pulang

Banjir Kelantan makin pulih, 29,327 sudah dibenarkan pulang

SITUASI Kelantan makin pulih apabila jumlah mangsa terus menurun susulan cuaca yang semakin baik ketika ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir yang melanda negeri ini semakin pulih apabila kira-kira 29,327 mangsa banjir di Kelantan dari jumlah keseluruhan yang terjejas 57,055 mulai pulang ke rumah masing-masing susulan cuaca yang semakin baik.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, setakat pukul 8 pagi ini, 57,055 mangsa daripada 18,109 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, daerah Gua Musang dan Jeli yang sebelum ini terjejas dengan banjir sudah mulai pulih sepenuhnya selepas semua PPS  di kawasan tersebut ditutup sepenuhnya.

“Pasir Mas kekal sebagai kawasan paling teruk terjejas setakat ini apabila seramai 28,950 mangsa masih berlindung di 60 buah PPS, bagaimanapun jumlah itu makin menurun.

“Begitu juga dengan daerah-daerah lain yang turut mengalami penurunan jumlah mangsa banjir seperti Tumpat (21,082),Bachok (2,687), Kuala Krai (1,409), Kota Bharu (1,031), Machang (822), Pasir Puteh (804) dan Tanah Merah (207),” katanya.

Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, Sungai Golok di Rantau Panjang dan di Kuala Jambu, Tumpat masih melepasi tahap bahaya walaupun paras air mulai menurun.

Sungai Kelantan di Kampung Sokor, Tanah Merah berada pada paras amaran manakala Sungai Semerak Pasir Puteh tahap berjaga-jaga.

Lain-lain sungai utama berada pada paras normal.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya