Banjir: JKR Kelantan kesan 10 runtuhan tanah, cerun

Banjir: JKR Kelantan kesan 10 runtuhan tanah, cerun

KEADAAN jalan runtuh di Kilometer 35 (KM35) Jalan Gua Musang-Jeli berdekatan Kampung Jerek menuju ke Jelawang di Gua Musang, Kelantan-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 10 runtuhan tanah dan cerun melibatkan jalan jalan persekutuan akibat banjir telah dikesan berlaku di negeri ini sejak minggu lalu.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Nik Soh Yaacoub berkata, jalan di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Machang antara lokasi yang dikesan berlaku runtuhan.

Menurutnya, di Gua Musang sebanyak tiga kawasan terjejas sudah dikenal pasti iaitu Jalan Aring 8 dan Jalan Lojing-Gua Musang dekat Kampung Jekjok, Pos Brooke.

“Di Jalan Lojing-Gua Musang dekat Kampung Jekjok, Pos Brooke terdapat dua runtuhan dilaluan terbabit. Bagi jajahan Kuala Krai pula, terdapat dua lokasi runtuhan iaitu di Kampung Sungai Teku Luar (cerun runtuh) dan Jalan Sungai Sam-Jeli (tanah runtuh).

“Jalan Kemuning-Bukit Belah, Dataran Bukit Belah dan Jalan masuk ke Stesen VHF Bukit Bakar antara tiga jalan persekutuan yang berlaku runtuhan di jajahan Machang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Soh memberitahu, sementara itu, satu runtuhan di jajahan Jeli dan Tanah Merah masing-masing telah berlaku di Jalan Gerik-Jeli-Lebuhraya Timur Barat berhampiran Kampung Lakota dan Jalan Kemahang 2.

Katanya, susulan itu JKR Kelantan meletakkan papan tanda amaran dan penghadang di kawasan runtuhan yang terbabit.

“Ada sesetengah kawasan runtuhan ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana masih berlaku pergerakan tanah.

“Saya berharap supaya pengguna berhati-hati serta mematuhi arahan yang dikeluarkan dan tidak melalui laluan itu,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya