KOTA BHARU: Banjir yang melanda negeri ini sejak Isnin lalu semakin baik selepas 9,073 mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air mulai surut selain susulan cuaca semakin baik.
Portal InfoBencanaJKM melaporkan, ketika ini seramai 34,672 mangsa dari tiga daerah itu Pasir Mas, Tumpat dan Bachok masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 57,005 semalam.
“Setakat pukul 8 pagi tadi kesemua mangsa itu sedang berlindung di 87 PPS. Tumpat merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 19,140 diikuti Pasir Mas (15,491) dan Bachok (41),” katanya.
Sementara itu laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my setakat pukul 8 pagi melaporkan SUngai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu (Tumpat) masih melepasi paras bahaya namun semakin menurun.
Sungai-sungai utama kembali ke paras normal kecuali Sungai Kelantan di Kampung Sokor, Tanah Merah yang masih berada pada tahap waspada.-UTUSAN