Banjir di Kelantan makin pulih, mangsa terus menurun

Banjir di Kelantan makin pulih, mangsa terus menurun

KEADAAN Jalan Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan yang rosak dibadai arus deras semasa bah melanda kawasan itu pada Rabu lalu.-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun kepada 43,745 mangsa berbanding 57,005 orang semalam.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, setakat pukul 8 pagi ini, 13,310 mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing susulan cuaca semakin baik.

“Setakat ini 96 buah PPS yang masih diaktifkan dengan menempatkan 13,999 keluarga dari enam daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok dan Tanah Merah.

“Pasir Mas masih menempatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 22,441 orang diikuti Tumpat (20,556), Kota Bharu  (403), Bachok (243), Tanah Merah (55) dan Pasir Puteh (47),” katanya.

Sementera itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu (Tumpat) masih melepasi paras bahaya namun semakin menurun.

Lain-lain sungai utama di Kelantan kembali ke paras normal kecuali di Kampung Sokor, Tanah Merah apabila berada pada tahap waspada.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya