Banjaran Nakawan jadi tarikan baharu pelancongan di Perlis

Banjaran Nakawan jadi tarikan baharu pelancongan di Perlis

PEMANDANGAN indah dari atas Banjaran Nakawan di Wang Angin, Kangar, Perlis semalam. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kewujudan dusun-dusun berusia lebih 200 tahun di sepanjang laluan di Banjaran Nakawan yang berlatar belakangkan Bukit Wang Gunung di sini menarik perhatian ramai.

Banjaran Nakawan sepanjang 36 kilometer dari Bukit Batu Putih, Kuala Perlis ke Wang Kelian yang juga banjaran batu kapur terpanjang di Malaysia berpontensi sebagai tarikan baharu pelancongan di negeri ini.

Semalam, Utusan Malaysia bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Abu Bakar Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Mohd. Ridzuan Hashim serta Presiden Persatuan Pelancongan dan Rekreasi Perlis (Troper), Ku Hasrin Ku Abd. Rahman berpeluang menelusuri banjaran berkenaan untuk ke sebuah dusun di Wang Angin berusia lebih 200 tahun.

Melihat kepada potensi berkenaan, Abu Bakar berkata, kawasan tersebut sesuai dibangunkan bagi pelancongan, pertanian dan sukan berikutan trek atau laluan di sepanjang banjaran tersebut juga digunakan untuk aktiviti larian.

“Terima kasih kepada pengusaha-pengusaha dusun di sini yang menghidupkan Banjaran Nakawan ini.

“Banjaran Nakawan mempunyai sejarah tersendiri dengan dusun-dusun di sini berusia ratusan tahun yang sudah pastinya mempunyai tarikan sendiri.

“Kita juga akan melihat bagaimana kesesuaian mewujudkan pelbagai tarikan baharu agar pengunjung boleh berterusan datang ke sini,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Ridzuan berkata, daripada segi pelancongan sukan, laluan di kawasan tersebut sememangnya sesuai untuk aktiviti larian kerana trek semula jadi di banjaran berkenaan adalah satu-satunya di Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri akan melihat bagaimana keperluan khusus boleh dibangunkan di kawasan itu dan pada masa mengekalkan suasana semula jadi di banjaran itu.

“Banjaran Nakawan bolehmenjadi satu lagi tarikan baharu pelancongan di negeri ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya