Bangunan kerajaan terbiar merugikan

Bangunan kerajaan terbiar merugikan

KEADAAN blok depan kompleks bangunan kerajaan negeri yang kosong di Jalan Changkat Jong di Teluk Intan. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Kompleks bangunan pejabat kerajaan negeri di Jalan Changkat Jong di sini yang sebelum ini beroperasi untuk pelbagai urusan masyarakat terutama urusan membayar cukai tanah kini terbiar kosong.

Kompleks itu mempunyai dua blok bangunan dengan satu daripadanya iaitu blok depan sudah dikosongkan manakala blok belakang masih digunakan untuk pejabat Rela, Pejabat Peng­hulu dan pejabat lain.

Operasi di situ dikatakan sudah kosong sejak empat tahun lalu dan kini berpindah di Jalan Mahkamah di sini.

Seorang penduduk di sini, Kamaruddin Ahmad Fadli, 62, yang tinggal berhampiran bangunan kosong itu berkata, bangunan tersebut sebelum ini merupakan kompleks Pejabat Daerah dan Tanah namun sudah kosong di blok depan.

Katanya, kali terakhir dia berurusan di kompleks itu ialah pada tahun 2020 ketika membayar cukai tanah.

“Bagi saya adalah merugikan jika bangunan ini terus dibiarkan kosong. Lebih elok jika ia dibaik pulih kerana keadaannya masih elok. Lokasi bangunan kosong ini strategik. Kami penduduk di sini berharap bangunan ini dimanfaat untuk kegunaan lain, merugikan jika ia terus kosong,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Murad Bohan, 34, memberitahu, jika dibiarkan kosong, mungkin lebih banyak kerosakan berlaku pada bangunan tersebut.

“Kerajaan kena buat sesuatu untuk baik pulih bangunan ini kerana ia boleh digunakan untuk banyak manfaat lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya