WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter, meninggal dunia di kediamannya di Plains, Georgia, kelmarin pada usia 100 tahun. Presiden Joe Biden mengetuai penghormatan terhadap Carter semalam, dengan sejumlah pemimpin dan bekas pemimpin AS turut menyampaikan takziah atas kematian penerima Hadiah Nobel Keamanan itu. Biden turut mengisytiharkan 9 Januari 2025 sebagai Hari Berkabung Nasional bagi memperingati pemergian Carter, menurut kenyataan Rumah Putih. “Amerika dan dunia kehilangan seorang pemimpin, negarawan dan dermawan yang luar biasa,” kata Biden. Sementara itu, Presiden terpilih AS, Donald Trump menyatakan bahawa rakyat Amerika terhutang budi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya