DAMSYIK: Amerika Syarikat (AS) membatalkan ganjaran AS$10 juta (RM45 juta) untuk penahanan pemimpin de facto Syria, Ahmed al-Sharaa, selepas pertemuan antara diplomat kanan dan wakil dari Hayat Tahrir al-Sham (HTS) di Damsyik. Penolong Setiausaha Negara, Barbara Leaf berkata, perbincangan dengan Sharaa adalah ‘sangat produktif’ dan beliau dilihat sebagai seorang yang pragmatik. Delegasi AS tiba di Damsyik selepas HTS menggulingkan rejim Bashar al-Assad kurang daripada dua minggu lalu. Bagaimanapun, Washington masih mengklasifikasikan HTS sebagai kumpulan pengganas. Jurucakap Jabatan Negara mengesahkan perbincangan diplomat tertumpu mengenai ‘prinsip peralihan’ yang disokong AS, peristiwa serantau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya