APM, Perhilitan Melaka tangkap buaya sesat

APM, Perhilitan Melaka tangkap buaya sesat

ANGGOTA APM dan Perhilitan berjaya menangkap seekor buaya tembaga di Kompleks LKIM di Kuala Linggi, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Angkatan Pertahanan Awam (APM) menangkap seekor buaya tembaga sepanjang lebih tiga meter di Kompleks Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Linggi di sini, pagi tadi.

Pengarah APM Melaka, Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 7.44 pagi memaklumkan terdapat seekor buaya di kawasan berkenaan.

Katanya, anggota APM telah melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan reptilia tersebut sebelum Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tiba.

“Operasi tangkapan dilakukan oleh empat anggota APM dari Pusat Kawalan Operasi Unit Masjid Tanah bersama kakitangan Perhilitan Melaka. Proses menangkap buaya menggunakan peralatan khas dan operasi selesai kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Buaya sepanjang 3.30 meter dan berat kira-kira 220 kilogram itu kemudian diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya