Anwar jumpa Prabowo, Thaksin minggu depan

Anwar jumpa Prabowo, Thaksin minggu depan

ANWAR Ibrahim ketika sesi soal jawab pada sidang akhbar bersama pengarang media di sini hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra di Langkawi bagi membincangkan isu-isu strategik serantau dan ASEAN.

Anwar berkata, pertemuan dua hala bersama Prabowo dijadual berlangsung pada 23 Disember manakala pertemuan dengan Thaksin pula pada 26 Disember.

“Presiden Prabowo memilih untuk mengadakan pertemuan sebagai perbincangan dua hala dan juga pandangan kita soal ASEAN dan perkembangannya,” kata Anwar dalam sidang media khas di sini hari ini.

Anwar berkata, pertemuan dengan Prabowo juga kelak akan memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan baik antara kedua-dua negara, selain membincangkan peranan penting Indonesia sebagai negara anggota ASEAN yang strategik.

Mengenai pertemuan dengan Thaksin, Anwar berkata, ia dijangka menyentuh mengenai pelbagai isu pembangunan serantau serta pendekatan diplomatik untuk menyelesaikan cabaran bersama.

Anwar baru-baru ini mengumumkan pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi beliau dalam mempengerusikan ASEAN pada 2025.

Pengumuman itu dibuat semasa sidang media bersama Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra yang merupakan anak perempuan Thaksin ketika itu lawatan kerja ke Malaysia pada 16 Disember lalu.

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya