BESUT: Penduduk di Kampung Alor Peroi di sini, khuatir masalah anjing liar yang semakin serius sejak dua bulan lalu mengancam keselamatan mereka terutama kanak-kanak. Lebih membimbangkan, anjing-anjing liar itu turut menyerang haiwan ternakan penduduk sehingga ada yang mati sekali gus menyebabkan mereka menanggung kerugian. Seorang penduduk, Masykuri Ngah, 44, berkata, dia menanggung kerugian kira-kira RM6,000 selepas enam ekor kambingnya menjadi mangsa serangan anjing tersebut bulan lalu. “Perkara seperti ini tidak pernah berlaku, kambing saya yang mati diternak di dalam kandang dan bukan dilepaskan berkeliaran,” katanya ketika ditemui di Kampung Alor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya