BEIJING: Dua angkasawan China berjaya melengkapkan rekod dunia pengembaraan di angkasa selama lebih sembilan jam, menurut Agensi Angkasa Berawak China (CMSA). Kejayaan itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam program angkasa lepas Beijing yang semakin berkembang pesat. Rekod baharu itu dilakukan oleh Cai Xuzhe dan Song Lingdong di luar stesen angkasa Tiangong dalam orbit rendah Bumi pada 17 Disember lalu. Pencapaian itu sekurang-kurangnya empat minit lebih lama daripada rekod terakhir dicatatkan angkasawan Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), James Voss dan Susan Helms pada 2001. Kedua-dua angkasawan dari misi Shenzhou-19…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya