Aktiviti, program sempena TMPs tahun depan lebih rancak - Abu Bakar - Utusan Malaysia

Aktiviti, program sempena TMPs tahun depan lebih rancak – Abu Bakar

ABU Bakar Hamzah (dua dari kiri) menyambut Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (empat dari kiri) sewaktu Majlis Pelancaran Festival Warisan’24 di Dewan 2020, Kangar, Perlis hari ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri di peringkat akhir melengkapkan takwim pelancongan sepanjang tahun hadapan dalam merancakkan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Abu Bakar Hamzah berkata, pelbagai aktiviti dan program akan disusun dalam takwim berkenaan dengan berlatar belakangkan konsep pelancongan, seni dan budaya.

Ujar beliau, program-program sedemikian perlu diperbanyakkan dalam usaha menyemarakkan tahun akhir penganjuran TMPs itu.

“Semua itu, saya sedang susun dan kita akan buat pengumuman takwim ini dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Festival Warisan Nusantara 2024 (Warisan’24) di Dewan 2020, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai data terkini jumlah kemasukan pelancong ke Perlis, Abu Bakar berkata, pihaknya masih dalam proses bagi mengumpulkan maklumat yang tepat dan lengkap berhubung perkara itu.

“Data-data itu akan dimaklumkan kemudian memandangkan saya masih dalam proses mendapatkan maklumat dan baharu sahaja mengambil alih tugas ini,” katanya.

Mengulas mengenai majlis pelancaran itu, Abu Bakar berkata, festival sedemikian merupakan satu usaha yang baik bagi memperkenalkan budaya warisan di negara ini dalam kalangan masyarakat.

“Ini merupakan satu usaha yang baik dalam memperkenalkan budaya kita malah ia dapat menjadi pendorong agar lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan inisiatif sebegini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya