Ahli GISBH tiba di mahkamah, keluarga tidak dibenarkan masuk - Utusan Malaysia

Ahli GISBH tiba di mahkamah, keluarga tidak dibenarkan masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir 30 orang individu dipercayai ahli keluarga kepada tertuduh-tertuduh berkait GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dihalang daripada memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Selayang di sini hari ini.

Kira-kira pukul 9:30 pagi, dua trak polis dengan diringi lebih daripada 20 orang anggota yang mana ada di antaranya lengkap bersenjata dan memakai jaket kalis peluru tiba di mahkamah.

Ahli-ahli keluarga yang berkumpul di luar pagar mahkamah dilihat melambai-lambaikan tangan mereka dan memanggil ahli keluarga dari jauh.

Seramai 22 tertuduh yang didakwa bagi tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang GISBH itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan masing-masing dan dibawa masuk ke mahkamah dalam keadaan bergari antara satu sama lain.

Antara yang didakwa ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd. Ali dan isterinya, Datin Azura Md. Yusof.

Turut didakwa ialah anak kepada pengasas Pertubuhan Al-Arqam, Asa’ari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tarmizi serta 17 individu lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya