Agong titah henti serta-merta budaya dera - Utusan Malaysia

Agong titah henti serta-merta budaya dera

SULTAN Ibrahim berangkat pada Istiadat Pemasyhuran Seri Paduka sebagai Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Konvokesyen ke-14 semalam. – Gambar FB Sultan Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihentikan serta-merta.

Seri Paduka Baginda dalam titah sulung selaku Canselor UPNM meminta semua pihak berusaha menamatkan budaya tidak sihat itu dan mengembalikan semula nama baik universiti itu.

“Jika ia terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah.

“Saya percaya, ibu bapa menghantar anak mereka ke sini untuk belajar menjadi seorang pegawai tentera, bukan untuk didera,” titah Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Canselor UPNM dan Konvokesyen ke-14, semalam.

Sultan Ibrahim bertitah, falsafah UPNM untuk menjadi sebuah universiti utama di rantau ini dalam bidang pertahanan, ketenteraan dan keselamatan.

Oleh sebab itu UPNM turut dikawal selia oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Akademi Latihan Ketenteraan.

“Ini bermakna, disiplin dan budaya tentera adalah menjadi falsafah utama universiti ini. Namun begitu, saya merasa dukacita dengan budaya penderaan yang berlaku, sehingga menyebabkan kematian seorang pegawai kadet pada tahun 2017.

“Bagi melahirkan seorang pegawai tentera, memang memerlukan latihan fizikal dan mental yang keras, tetapi tidaklah sampai mendera hingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

“Lebih mendukacitakan saya, walaupun kejadian penderaan sebelum ini dihadapkan ke mahkamah, tetapi perkara ini masih terus berlaku pada setiap tahun, seperti tiada usaha serius diambil oleh mana-mana pihak,” titah baginda.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan graduan mereka akan mengharungi pelbagai bidang pekerjaan yang lebih mencabar, selain tiada jalan pintas untuk mencipta kejayaan dan semua itu memerlukan usaha keras serta sifat takwa dalam setiap pekerjaan.

Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada semua graduan berjaya menamatkan pengajian mereka dan menasihati menjadi anak yang sentiasa mengenang jasa serta mendoakan kedua ibu bapa,” titah baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya