95,298 saman langgar lampu merah direkodkan, kereta paling banyak - Utusan Malaysia

95,298 saman langgar lampu merah direkodkan, kereta paling banyak

MOHD. YUSRI HASSAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 95,298 saman langgar lampu isyarat merah dikeluarkan sejak Januari hingga November tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kereta merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 44,889 saman.

Katanya, sebanyak 39,468 membabitkan motosikal, lori (3,937) dan lain-lain kenderaan (7,004).

“Melanggar lampu isyarat merah bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh menyebabkan kemalangan maut, terutama di kawasan persimpangan utama.

“JSPT tidak akan berkompromi dengan kesalahan ini, dan pemantauan serta penguatkuasaan akan dipertingkatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Mohd Yusri, langkah termasuk pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) dan sistem kamera lampu merah di lokasi tumpuan bagi mengesan pelanggaran secara lebih efektif.

“Di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pesalah boleh dikenakan denda minimum RM300 dan maksimum RM2,000,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, JSPT turut menyeru pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan, terutama menjelang Malaysia menjadi tuan rumah Pengerusi ASEAN 2025.

“Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama, kita semua perlu memainkan peranan dalam mengurangkan risiko kemalangan dan memperkukuhkan budaya patuh undang-undang.

“JSPT mengucapkan terima kasih kepada pengguna jalan raya yang terus mempamerkan tahap disiplin yang tinggi demi keselamatan semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya