SEOUL: Jumlah kakitangan sekolah rendah di Korea Selatan yang mengalami kemurungan semakin meningkat, dengan data kerajaan pada 28 November menunjukkan seramai 9,468 menerima rawatan pada 2023. Menurut data Perkhidmatan Insurans Kesihatan Kebangsaan, kadar rawatan kemurungan dalam kalangan kakitangan sekolah rendah terus meningkat daripada 16.4 bagi setiap 1,000 orang pada 2018, kepada 37.2 bagi setiap 1,000 orang pada tahun lalu. Sebanyak 7,335 pekerja sekolah rendah dirawat kerana gangguan kebimbangan, iaitu 28.8 setiap 1,000 meningkat daripada 16.1 setiap 1,000 pada 2018. Rawatan untuk kemurungan dan gangguan kebimbangan bagi pekerja di institusi pendidikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya