6,249 kehamilan terhasil menerusi subfertiliti LPPKN

6,249 kehamilan terhasil menerusi subfertiliti LPPKN

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 6,249 kehamilan dihasilkan menerusi melalui perkhidmatan subfertiliti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dari tahun 1976 hingga 2024.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kes masalah kesuburan baharu dan ulangan yang diterima oleh LPPKN mencecah sehingga 9,000 kes setiap tahun.

Menurut beliau, sebanyak 42,941 kes baharu dan 271,501 kes ulangan dikesan dari tahun 1979 hingga Oktober 2024.

“Daripada jumlah tersebut, 29,163 pasangan menjalani kaedah rawatan subfertiliti dan seramai 21 peratus atau 6,249 yang berjaya hamil.

“Kejayaan kehamilan tersebut dengan mengambil kira semua kaedah rawatan dalam perkhidmatan LPPK termasuk persetubuhan bermasa, inseminasi intrauterin (IUI), pemindahan intra-fallopian Gamet (GIFT), Persenyawaan In-vitro (IVF) dan Suntikan Sperma Intracytoplasmic (ICSI),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Klinik Fertiliti LPPKN bersempena ulang tahun ke 45 perkhidmatan subfertiliti LPPKN, di sini semalam.

Nancy Shukri berkata, subfertiliti atau masalah ketidaksuburan didefinisikan sebagai kegagalan untuk hamil selepas lebih setahun berkahwin tanpa menggunakan kaedah kontraseptif semasa melakukan hubungan seksual.

Sehubungan itu, beliau berkata, LPPKN menawarkan kos rawatan yang lebih berpatutan ekitar RM1,000.00 sehingga RM 15,000.00 mengikut kaedah rawatan yang diterima.

“LPPKN juga menyediakan Program Bantuan Subsidi IUI pada tahun 2020 sehingga tahun 2023 kepada pasangan yang tidak pernah hamil dan mengikut terma dan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

“Bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga boleh mengeluarkan wang caruman daripada Akaun 2 untuk tujuan mendapatkan rawatan kesuburan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya