424 veteran ATM di Kelantan, Terengganu terjejas banjir

424 veteran ATM di Kelantan, Terengganu terjejas banjir

ADLY Zahari (kiri) semasa turun padang menyantuni rumah veteran ATM yang terkesan dengan banjir di Pasir Mas, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kira-kira 424 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah terjejas dengan banjir sejak musibah itu melanda Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, daripada jumlah itu golongan veteran ATM di Kelantan paling ramai terkesan iaitu 299 orang.

“Sementara di Terengganu pula, 125 orang veteran telah terkesan dengan bencana berkenaan,” katanya semasa turun padang
menyantuni veteran ATM yang terkesan dengan banjir di sini semalam.

Pada masa sama, Adly meluangkan masa menyampaikan sumbangan kepada anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sedang melaksanakan Ops Murni di sekitar Kawasan Tanggungjawab 8 Briged (KTJ 8 Bgd).

Mengulas lanjut, Adly memberitahu, 27 November lalu ATM telah membantu penduduk yang terjejas menerusi Ops Murni.

Katanya, Ops Murni di Kelantan melibatkan Jajahan Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Putih, Machang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Katanya, di Terengganu Op Murni melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya