24 laporan polis berkaitan penipuan pakej pelancongan Korea Selatan - Utusan Malaysia

24 laporan polis berkaitan penipuan pakej pelancongan Korea Selatan

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 24 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan yang didakwa dikendalikan usahawan yang juga pempengaruh membabitkan kerugian mencecah RM454,450.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada mangsa-mangsa didakwa ditipu individu terbabit.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Mangsa juga dinasihatkan segera tampil membuat laporan di mana-mana balai polis supaya siasatan sewajarnya dapat dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebahagian kes turut dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan dalam membendung kes penipuan pakej pelancongan, individu yang berhasrat membeli pakej pelancongan dinasihatkan melayari portal rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (www.motac.gov.my/semakan).

“Selain membuat semakan pendaftaran agensi yang menawarkan pakej pelancongan berkaitan.

“Langkah mudah ini amat penting bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan yang ditawarkan oleh syarikat tidak berdaftar,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial, video luahan seorang individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan Kim Seri atau nama sebenarnya, Seri Azlina dan perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata bersimpati serta meminta mangsa membuat laporan polis.

Kim Seri melalui Instagram (IG) Story dilaporkan memohon maaf dan memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan bayaran kepada pelanggan terkesan daripada trip pakej pelancongan tertunda sebelum atau pada 1 Februari tahun depan.

Sejak semalam, tular di TikTok video luahan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang individu dikenali Kim Seri.

Menerusi video itu, wanita berkenaan mendakwa dia bersama rombongan tersadai di lapangan terbang kerana tiada tiket penerbangan pulang ke tanah air seperti dijanjikan.

Wanita itu mendakwa sudah membuat semakan di kaunter tiket namun namanya bersama rombongan tiada dalam rekod.

Bagi mendapat kepastian, wanita itu cuba menghubungi individu terbabit namun diminta menunggu sebelum diberitahu terdapat masalah teknikal untuk membuat tempahan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya