20,000 bakal pengunjung meriahkan KHUP 3

20,000 bakal pengunjung meriahkan KHUP 3

Pengerusi KHUP 3, Mohd Hisham Harun (dua dari kiri) bergambar pada Majlis Pra Pelancaran Karnival Haji Umrah Dan Pelancongan Kali Ke-3 di Menara Kuala Lumpur di sini semalam - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 20,000 pengunjung bakal memeriahkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Ke-3 (KHUP 3) yang akan berlangsung di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC), Sepang.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari pada 3 hingga 5 Januari 2025 bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Ketua Jabatan Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun berkata, KHOP 3 merupakan usaha untuk mempromosikan pakej haji yang disediakan oleh 37 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Katanya, karnival itu memberi pilihan kepada bakal-bakal haji menunaikan ibadah tersebut sama ada secara muassasah atau menerusi pakej PJH.

“TH memberi peluang kepada bakal haji menilai kesemua pakej yang ditawarkan oleh 37 syarikat PJH dan membolehkan mereka membuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing.

“Ia juga bagi membolehkan bakal haji untuk mendapatkan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah dan membuka peluang kepada agensi pelancongan iaitu PJH mengendalikan jemaah secara terkawal,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Pra Pelancaran KHUP 3 di Menara Kuala Lumpur, di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya