2.6 juta pelancong ‘serbu’ Perlis hingga Oktober - Abu Bakar - Utusan Malaysia

2.6 juta pelancong ‘serbu’ Perlis hingga Oktober – Abu Bakar

ABU Bakar Hamzah (kiri) berbincang bersama Haziq Asyraf Dun (kanan) selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 2.6 juta pelancong direkod berkunjung ke negeri ini bagi tempoh sehingga Oktober lalu berdasarkan kepada data dikeluarkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Perlis.

Selain itu, mengikut Kajian Kadar Purata Penginapan Berbayar yang dilaksanakan oleh Tourism Malaysia bagi bulan Januari sehingga Jun lalu, negeri ini turut menerima seramai 161,374 orang penginap di hotel.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Abu Bakar Hamzah berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 156,202 orang adalah merupakan penginap domestik manakala 5,172 pula adalah penginap antarabangsa.

“Berdasarkan tinjauan, lokasi yang menjadi hotspot dan tumpuan pelancong terutamanya pada musim cuti sekolah dan perayaan adalah seperti View Point Wang Kelian, Arked Niaga Padang Besar, Pulau Ketam Kuala Perlis, Kampung Warna Warni Seberang Ramai, Santuari Ikan Air Tawar, Tasik Timah Tasoh dan kawasan perkelahan sekitar ini,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, hari ini.

Tambah Abu Bakar, sejak Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025 dilancarkan, terdapat peningkatan hasil dan jumlah kemasukan pelancong dilihat ke negeri ini.

“Peningkatan hasil ini adalah secara langsung atau tidak langsung menerusi hasil terus kepada komuniti atau jabatan negeri melalui jualan tiket di produk atau lokasi pelancongan bawah seliaan jabatan,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, berdasarkan data sehingga Oktober lalu, seramai 523,171 orang telah direkodkan mengunjungi lokasi eko pelancongan sekitar negeri ini dengan jumlah kutipan hasil sebanyak RM1.038 juta.

Katanya, lokasi pelancongan di bawah Jabatan Pertanian negeri pula merekodkan jumlah kutipan hasil berjumlah RM48,077 bagi tempoh sehingga bulan lalu.

“Selain itu, lokasi pelancongan bawah Jabatan Vateriner negeri iaitu Taman Agrovet juga telah mencatatkan kehadiran seramai 58, 658 orang dengan jumlah kutipan hasil berjumlah RM105,920 bagi tempoh sehingga Oktober lalu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya