Zayn Malik tunda konsert jelajah, perlu masa terima pemergian Liam Payne - Utusan Malaysia

Zayn Malik tunda konsert jelajah, perlu masa terima pemergian Liam Payne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyanyi, Zayn Malik membuat keputusan menangguhkan sementara konsert jelajahnya yang berakhir di Leeds, England pada 23 November lepas.

Keputusan itu dibuat untuk membolehkan emosi penyanyi berusia 31 tahun pulih selepas pemergian rakan baiknya, Liam Payne.

“Saya membuat keputusan untuk menangguhkan siri konsert jelajah Stairway To The Sky di Amerika Syarikat.

“Konsert ini akan disambung pada Januari tahun depan, justeru tarikh baharu akan diumumkan dalam beberapa hari ini.

“Terima kasih kerana memahami, saya sayang anda semua,” tulisnya di Instagram.

Payne, pada 16 Oktober lepas ditemukan mati selepas terjatuh dari balkoni hotel yang didiaminya di Bueno Aires.

Pengebumiannya yang dilaksanakan di Amersham, United Kingdom turut dihadiri bekas anggota kumpulan One Direction yang lain seperti Harry Styles, Louis Tomlinson, Niall Horan dan Zayn.

Zayn, empat hari lepas, mendedikasikan lagu Stardust sebagai penutup konsert di Leeds bagi memperingati Payne.

Penonton gagal menahan sebak apabila menyaksikan persembahan penghormatan untuk penyanyi tersebut.

“Jatuh air mata saya melihat persembahan itu,” tulis penonton di media sosial.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya