Wujudkan modul latihan semula

Wujudkan modul latihan semula

Lepasan universiti gagal dapat pekerjaan setimpal dengan kelulusan perlu melalui latihan semula. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti-universiti tempatan perlu memperkenalkan modul upskilling dan reskilling bagi memastikan graduan mempunyai kemahiran tambahan dalam memenuhi pasaran pekerjaan terkini.

Pakar pendidikan, Prof. Madya Dr. Salleh Amat, menekankan perlunya graduan bersikap lebih fleksibel dalam memilih kerjaya untuk menge­lakkan mereka menganggur.

Menurut Salleh, graduan perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran pekerjaan di luar bidang akademik masing-masing dan menerima realiti bahawa pasaran kerja kini semakin dinamik.

“Graduan tidak boleh terlalu bergantung kepada satu kemahiran atau kelayakan sahaja. Mereka perlu lebih fleksibel dan terbuka untuk mempelajari kemahiran baharu agar mampu bersaing dalam industri yang semakin mencabar,” katanya.

Selain itu, beliau menekankan keperluan untuk universiti memasukkan modul upskilling dan reskilling dalam silibus bagi memastikan mahasiswa dilengkapi kemahiran yang relevan dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dalam industri.

“Kebanyakan universiti ma­sih terlalu fokus pada aspek akademik, tanpa mengambil kira keperluan industri yang memerlukan graduan dengan pelbagai kemahiran.

“Modul upskilling dan re­skilling ini penting agar gra­duan memiliki kemahiran tambahan yang boleh menjamin mereka mendapat pekerjaan,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa latihan industri seharus­nya ditekankan dengan lebih menyeluruh untuk memberi pendedahan awal kepada mahasiswa tentang realiti pasaran kerja sebenar.

Terdahulu,hampir dua juta graduan memilih kerjaya dalam sektor yang tidak sepadan de­ngan kelulusan akademik, se­perti dalam bidang perkhidmatan dan pekerjaan berkemahiran rendah.

Ini menunjukkan bahawa perubahan dalam pendekatan pendidikan perlu dilakukan segera untuk memastikan gra­duan dapat memenuhi keperluan pasaran.

Dr. Salleh menggesa pihak universiti supaya meneliti se­mula silibus pendidikan yang ada agar dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mempunyai kemahiran tambahan yang dapat memberi nilai tambah kepada mereka di alam pekerjaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya