Warga emas cemas lihat kejadian tanah runtuh berhampiran rumah

Warga emas cemas lihat kejadian tanah runtuh berhampiran rumah

ANGGOTA APM Pasir Mas melakukan tinjauan di tanah runtuh di Kampung Lemal, Pasir Mas, Kelantan hari ini-IHSAN APM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang warga emas berdepan detik cemas selepas melihat binaan tangki air di kawasan rumah yang terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan di Kampung Lemal di sini tertimbus akibat runtuhan tanah susulan hujan lebat sejak semalam.

Ab. Aziz Che Seman, 64, berkata, kejadian itu disedarinya semasa pulang dari menunaikan solat subuh yang terletak berhampiran dengan rumah.

Menurutnya, pada masa sama garaj kereta yang terletak berhampiran dengan rumah kini menunggu masa untuk runtuh.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pihak terlibat telah hadir ke kawasan rumah saya untuk melihat keadaan.

“Pihak berkenaan telah meminta kerjasama saya dan isteri serta anak bongsunya berpindah segera ke kawasan lebih selamat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Ab. Aziz memberitahu, ketika ini dia memilih untuk terus berada di rumah tersebut.

Katanya, hakisan di kawasan rumahnya telah berlaku sejak tiga tahun lalu.

“Bagaimanapun, hari ini paling teruk sehingga menyebabkan tanah runtuh,” ujarnya.

Utusan Malaysia pada 17 Februari lalu melaporkan, 15 keluarga di Jalan Pohon Celagi diarah untuk mengosongkan rumah masing-masing selepas tebing Sungai Kelantan berhampiran kediaman mereka runtuh.

Sekurang-kurangnya empat rumah ranap akibat terhumban ke bawah cerun dalam kejadian tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya