Wanita simpan tiga spesies burung tanpa kebenaran ditahan - Utusan Malaysia

Wanita simpan tiga spesies burung tanpa kebenaran ditahan

SEBAHAGIAN burung yang disimpan tanpa kebenaran di rampas Batalion 7 PGA menerusi Op Khazanah bersama Perhilitan di Kampung Dusun Durian, Tawang, Bachok, Kelantan semalam-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menahan seorang wanita selepas menyimpan tiga spesies burung tanpa kebenaran di Kampung Dusun Durian, Tawang di sini semalam.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan pada pukul 5.45 menerusi Op Bersepadu Khazanah bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan di premis itu membawa kepada penemuan 11 ekor burung Murai Batu, burung Kunyit Pacat (7) dan burung Luris Leher (1).

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua burung yang ditemukan itu disimpan tanpa dokumen sah dari Perhilitan.

“Kita tahan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Anggaran nilai rampasan mencecah RM39,750.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Katanya, PGA dan Perhilitan akan terus mempergiatkan usaha bagi melindungi hidupan liar dari terus terancam di dalam negara.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya