Wanita peroleh RM100,000 sebulan hasil jual pokok bunga nanas

Wanita peroleh RM100,000 sebulan hasil jual pokok bunga nanas

POKOK bromeliad kini menjadi sumber pendapatan utama Norhasnida Arifin yang menjalankan perniagaan di rumahnya di Taman Cempaka Aman di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang peniaga ti­dak menyangka tanaman hiasan pokok bunga nanas atau bromeliad kini menjadi sumber pendapatan utamanya sehingga mampu memperoleh hasil jualan mencecah RM100,000 sebulan.

Peniaga terbabit, Norhasnida Arifin, 35, berkata, dia memilih menjual bromeliad kerana kos penanamannya rendah selain mudah dijaga.

Dia berkata, pokok hiasan terbabit juga tidak perlu dibaja dan boleh bertahan sehingga dua minggu tanpa perlu disiram.

“Saya mula fokus kepada tanaman bromeliad ini selepas diperkenalkan oleh pelanggan tetap yang memaklumkan tanaman hiasan ini lebih mudah untuk dijaga.

“Bermula daripada situ saya tidak hanya menjadikan ia sebagai koleksi peribadi, malah saya juga menjualnya dan kini menjadi pembekal bromeliad kepada peniaga nurseri di beberapa tempat di seluruh negara.

“Saya mendapatkan bekalan dari Thailand dan sekarang dengan menjual bromeliad ini, saya berjaya menjana hasil jualan mencecah RM100,000 sebulan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Norhasnida berkata, dia menjual bromeliad spesies neoregelia kerana harganya yang lebih murah iaitu serendah RM10 untuk sepokok bergantung kepada saiz.

“Neoregelia ini banyak mendapat permintaan kerana ia mesra poket. Saya juga kini sedang membiakkan spesies vriesea yang anak pokok spesis ini banyak boleh didapati di Australia dan saya beli dari pembekal di Thailand pada harga RM800 sepokok,” katanya memberitahu pokok bromeliad spesies vriesea itu boleh dijual pada harga sehingga RM1,000.

Menurutnya, tanaman bromeliad mendapat permintaan ramai terutama bagi mereka yang sukakan pokok hiasan tetapi tidak mempunyai masa untuk menjaganya.

“Selain tidak perlu kerap di siram, pokok ini tidak perlu dibaja kerana warna corak pada daunnya akan lebih terang dan cantik serta tahan panas matahari.

“Ada juga yang perlukan tempat redup, tapi lagi banyak cahaya matahari, lebih cantik warna corak pada daunnya,” katanya yang menjalankan perniagaannya hanya secara dalam talian.

Bercerita lanjut, ibu kepada lima anak itu berkata, dia pernah mengalami kerugian yang teruk dalam perniagaan kosmetik sebelum ini namun tekad kembali bangkit dengan menjual pokok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya