PETALING JAYA: Kerajaan dicadang melaksanakan saringan mental dalam kalangan pelajar sekolah seawal usia tujuh tahun bagi memastikan kanak-kanak bebas tekanan emosi dan perasaan. Ini berikutan peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur lima hingga 15 tahun mencatatkan 16.5 peratus atau 922,318 kes tahun lalu, berbanding 7.9 peratus atau 424,000 kes pada 2019. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, saringan itu boleh memberi manfaat kepada murid, namun pelaksanaannya perlu dilakukan secara teliti agar tidak menambah tekanan kepada mereka. Katanya, pelaksanaan saringan perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya