KHARTOUM: Misteri peningkatan kematian penduduk di bandar terkepung al-Hilaliya, di negeri El Gezira, Sudan hampir terungkai selepas puluhan mereka diuji positif taun. Menurut sumber perubatan, penemuan itu dipercayai menjadi punca kematian ratusan penduduk di kawasan tersebut. Katanya, semakin ramai penduduk yang melarikan diri dari bandar itu diuji positif taun. Aktivis tempatan berkata, lebih 300 orang meninggal dunia, dengan jumlah itu dikatakan semakin meningkat setiap jam. Krisis bermula apabila Pasukan Sokongan Pantas (RSF) melancarkan kepungan terhadap bandar itu pada 29 Oktober lalu, sebagai membalas dendam pembelotan seorang komander tertingginya ke pihak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya