Video PMX yang disunting diserah kepada PDRM - Utusan Malaysia

Video PMX yang disunting diserah kepada PDRM

TEO NIE CHING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suntingan video temu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Richard Quest daripada CNN akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, tindakan itu adalah lanjutan selepas Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan video itu disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan mengelirukan rakyat.

“Tentang tindakan yang akan diambil mereka yang sunting video (temu bual Anwar bersama CNN), saya rasa lebih sesuai dijawab oleh PDRM,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Terdahulu, Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) meminta kementerian menjelaskan suntingan video Anwar itu yang memberi gambaran seolah-olah kerajaan mengiktiraf kewujudan Israel.

Terdahulu, Fahmi berkata video tular tersebut tidak menggambarkan konteks pendirian yang disampaikan Perdana Menteri, iaitu Malaysia akan terus melindungi Palestin dan tidak akan pernah sesekali mengiktiraf negara haram Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya