Kira-kira 50 skuter klasik dan moden berjaya dihimpunkan sempena Vespa & Lambretta Meet di Ace Cafe Kuala Lumpur, kelmarin.
Objektif program adalah untuk memberi peluang kepada pemilik dan peminat skuter jenama Vespa dan Lambretta menggunakan fasiliti di kafe berkenaan.
Menerusi pertemuan sedemikian, mereka dapat berkongsi pandangan, bertukar maklumat atau sekadar bersantai melepaskan lelah selepas habis kerja.
Program turut dimeriahkan dengan pertandingan Skuter Tercantik, Pakaian Terbaik dan Penunggang Paling Sporting. – UTUSAN