Tiada halangan saman, keputusan bergantung mahkamah

Vaksin Covid-19: Tiada halangan saman, keputusan bergantung mahkamah – Dzulkefly

Saman vaksin
DZULKEFLY Ahmad memegang buku Perubatan Tradisional dan Komplementari bersama selepas merasmikan Persidangan Perubatan Tradisional dan Komplementari (Intracom) ke-10 dekat Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam, di Shah Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada halangan kepada pihak yang memfailkan saman mengenai vaksinasi Covid-19 namun keputusannya bergantung kepada proses perundangan di mahkamah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sesiapa saja boleh mengambil tindakan mahkamah termasuk kepada kerajaan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang.

“Ia adalah hak rakyat dan sesiapa sahaja boleh ambil tindakan (undang-undang) kerana kita sebuah negara yang mengamalkan rule of law.

“Mereka boleh membawa hal itu ke muka pengadilan tetapi keputusannya tetap akan ditentukan melalui proses undang-undang,” katanya pada sidang media perasmian Persidangan Perubatan Tradisional dan Komplementari (Intracom) ke-10, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan lapan individu termasuk tiga waris memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM60 juta daripada 25 defendan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua bekas Perdana Menteri dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman, Tetuan Mohamad Zainuddin & Co pada 23 Oktober lalu. Sesalinan dokumen terbabit diperoleh media hari ini.

Mereka mendakwa vaksinasi Covid-19 menyebabkan kematian dan komplikasi kesihatan teruk yang mana Dr. Dzulkefly antara 25 defendan yang dinamakan dalam saman tersebut.

Bagaimanapun, tambah Dzulkefly, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menunggu tindakan lanjut yang akan diambil kerajaan kelak.

“Tidak banyak saya boleh komen, kita tunggu dalam proses perundangan bagi mempertahankan diri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya