UTM universiti pertama tubuh Makmal Anti-Jenayah Kewangan - Utusan Malaysia

UTM universiti pertama tubuh Makmal Anti-Jenayah Kewangan

AHMAD FAUZI Ismail (duduk, dua dari kiri) memberi penerangan tentang fungsi Makmal Satelit Anti-Jenayah Kewangan kepada Ahmad Sazilee Abdul Khairi (kiri) dan M. Kumar (kanan) di Fakulti Komputeran, UTM, Skudai Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU:  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Fakulti Komputeran menjadi universiti pertama menubuhkan Makmal Satelit Anti-Jenayah Kewangan (AFC Lab).

Naib Canselor UTM,  Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, penubuhan makmal itu sebagai salah satu langkah penting dalam usaha memerangi jenayah kewangan.

“Berdasarkan kerjasama yang telah bermula sejak tahun 2021, penubuhan Makmal AFC ini mengukuhkan lagi inisiatif penyelidikan antara UTM dengan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan (NFCC) di samping bertujuan untuk menyokong usaha negara membanteras jenayah kewangan dengan memanfaatkan data dan teknologi kecerdasan buatan (AI),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui selepas merasmikan makmal tersebut yang turut dihadiri  Timbalan Ketua Pengarah NFCC Ahmad Sazilee Abdul Khairi; Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar; Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Azmi Alias; Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab. Latif dan Pengurus Pejabat Bank Negara Malaysia Johor,  Norzehan Abd. Karim.

Ahmad Fauzi yakin kerjasama itu akan memberi manfaat kepada masyarakat dan ekonomi, selain memperkukuhkan reputasi negara di peringkat antarabangsa.

“Sebagai universiti penyelidikan bertaraf dunia, UTM komited untuk menjadi peneraju dalam inovasi dan penyelidikan jenayah kewangan di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Sazilee menyifatkan makmal tersebut sebagai pencapaian penting dalam memodenkan dan memperkukuhkan strategi pencegahan jenayah kewangan negara dalam era digital yang semakin mencabar.

“Menerusi kerjasama strategik dengan UTM serta integrasi teknologi canggih, kita sedang mencipta masa depan yang lebih kukuh dan berdaya tahan dalam memerangi jenayah kewangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya