Unimap persiap graduan kemahiran teknologi tinggi

Unimap persiap graduan kemahiran teknologi tinggi

ZALIMAN Sauli meluangkan masa meninjau persiapan para graduan sebelum sesi Istiadat Konvoke­syen Unimap Ke-19 di Dewan Ilmu, Pauh Putra, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mempersiapkan graduan khususnya dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE) dengan kemahiran dalam teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan data besar.

Ia sekali gus memberi ke­lebihan dan keupayaan kepada siswazah FKTE untuk menyelesaikan masalah teknikal dalam konteks industri selain menjadi pilihan dalam pasaran kerja menerusi bidang berkenaan.

Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, Unimap melalui FKTE menye­dari bahawa kekuatan yang ada dalam bidang elektrik dan mekatronik berkenaan mampu meningkatkan perkembangan sektor perindustrian negara.

Katanya, ia selari dengan penekanan kerajaan terhadap keperluan universiti untuk ber­gerak seiring revolusi perindustrian keempat atau IR 4.0.

“Justeru, sebagai siswazah daripada FKTE, terdapat permintaan yang tinggi untuk gra­duan semua.

“Sebagai contoh, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pernah memaklumkan Malaysia memerlukan 50,000 pekerja mahir dalam sektor elektrik dan elektronik yang turut merangkumi bidang mekatronik bagi merealisasikan ‘New Industrial Master Plan 2030’.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pernah menyatakan Malaysia masih memerlukan 62,000 tenaga kerja berkemahiran untuk mencapai sasaran penjanaan tenaga boleh diperbaharui (TBB) seba­nyak 70 peratus atau 56 GigaWatt (GW) menjelang tahun 2050,” katanya dalam sidang kelima Istiadat Konvoke­syen Unimap Ke-19 di Dewan Ilmu, Pauh Putra di sini, semalam.

Kata Zaliman, Pendidikan­ dan Latihan Teknikal dan Vo­kasional (TVET) sangat rele­van untuk memenuhi keperluan tersebut selaras inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya