ANKARA: Turkiye menolak permohonan Presiden Israel, Isaac Herzog menggunakan ruang udaranya bagi penerbangan beliau menuju ke Baku, Azerbaijan, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Perubahan Iklim COP29. Menurut pihak berkuasa, pihak Israel membuat permohonan agar pesawat Herzog dibenarkan melintasi ruang udara Turkiye dalam perjalanan ke Sidang Kemuncak Perubahan Iklim PBB ke-29. Namun, permohonan itu ditolak oleh pihak berkuasa Turkiye. Pada Sabtu, Herzog mengumumkan pembatalan penyertaannya dalam sidang tersebut atas alasan kebimbangan keselamatan, menurut kenyataan dari pejabatnya. Hubungan antara Turkiye dan Israel merosot sejak serangan keganasan terhadap Gaza pada Oktober 2023 dan Rabu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya