KOTA BHARU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan air dari Empangan Pergau, Jeli akan dilepaskan sebagaimana tular adalah tidak benar.
TNB dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sosial rasmi agensi berkenaan TNB CareLine memberitahu, ketika ini paras air di Empangan Pergau masih normal dan terkawal.
“Pengurusan Stesen juga telah memaklumkan status terkini empangan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan Jawatankuasa Bencana Daerah Jeli.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi TNB dengan Private Message di Facebook TNB CareLine atau Direct Message ke X @Tenaga_Nasional.-UTUSAN