Tiga syarikat Eropah batal penerbangan ke Israel

Tiga syarikat Eropah batal penerbangan ke Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Tiga syarikat penerbangan utama Eropah membatalkan penerbangan mereka ke dan dari Israel, susulan ketegangan serantau yang semakin meningkat, lapor media Israel semalam.

Menurut akhbar Israel Hayom, syarikat penerbangan Itali, ITA Airways, mengumumkan bahawa semua penerbangannya ke dan dari Israel akan digantung sehingga 12 Januari tahun depan.

ITA Airways merupakan satu-satunya syarikat penerbangan Itali yang beroperasi secara tetap di Israel.

Syarikat penerbangan Perancis, Air France, turut melanjutkan penggantungan semua penerbangan ke Israel sehingga 26 Disember.

Sebelum ini, Air France hanya membatalkan penerbangan secara mingguan tetapi kini telah mengeluarkan arahan penggantungan selama hampir 45 hari.

Pada awalnya, syarikat itu hanya membatalkan penerbangan sehingga 12 November, namun kini penggantungan tersebut dilanjutkan.

Syarikat penerbangan Greece, Aegean Airlines, juga mengumumkan mereka tidak akan menyambung penerbangan ke Israel sehingga 3 Disember, menurut laporan harian tersebut.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, beberapa syarikat penerbangan Eropah lain turut membatalkan atau melanjutkan penggantungan penerbangan ke Israel berikutan ketegangan serantau yang semakin meningkat.

Ketegangan di rantau ini memuncak akibat serangan ganas Israel di Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan lebih 43,500 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak tahun lalu.

Konflik tersebut turut merebak ke Lebanon apabila Israel melancarkan serangan maut ke seluruh negara itu dalam eskalasi daripada pertempuran sepanjang tahun antara Israel dan Hezbollah sejak permulaan perang di Gaza.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya