Tiga pasangan suami isteri kongsi detik indah - Utusan Malaysia

Tiga pasangan suami isteri kongsi detik indah

TIGA pasangan suami isteri bergambar bersama bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Ke-19 Dewan Ilmu, Pauh Putra, Arau, Perlis semalam. UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Tiga pasangan suami isteri berkongsi kenangan indah diraikan di pentas sama bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Ke-19 di sini, semalam.

Tiga pasangan itu, Azry Nizam Shamsir, 47, dan Maslizah Hamzah, 38; Mohammad Fauzi Mawasi, 42, dan Suhaili Sapuan@Sapran, 39; Illham Ismail, 46, dan Siti Fasihah Zainuddin, 38.

Pasangan Azry Nizam dan Maslizah masing-masing menamatkan pengajian dalam bidang Bachelor Profesional Pengurusan Pembinaan (CCM). Manakala Mohammad Fauzi menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Construction Side Supervisor (CSS) dan isterinya, Suhaili dalam bidang Bachelor Profesional Pengurusan Pembinaan (CCM).

Selain itu, pasangan Illham dan Siti Fasihah pula masing-masing menamatkan pengajian dalam Bachalor Profesional Pengurusan Fasiliti (FMM).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Suhaili berkata, dia dan suami sememangnya teruja dapat menamatkan pengajian di Unimap memandangkan kali terakhir berada di pentas konvokesyen adalah pada 2009 lalu.

“Jadi selepas belasan tahun kami tinggalkan pembelajaran, memang pada peringkat awal agak susah untuk mendapat rentak tapi lama kelamaan keadaan menjadi seperti biasa semula. Malah kami berdua juga kerap mengulang kaji bersama bagi memudahkan proses pembelajaran di samping perlu membahagikan masa menjaga dua anak,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Illham pula berkata, kejayaan berada di pentas konvokesyen pada kali ini turut mengimbau kenangan buat dirinya apabila kali terakhir menamatkan pengajian diploma adalah kira-kira 20 tahun lepas.

Katanya, dia bersama isteri memilih untuk menyambung pengajian selepas melihat perkara tersebut merupakan satu keperluan pada zaman masa kini.

“Walaupun sudah lama tinggalkan pengajian namun kami bersama-sama pilih untuk sambung pembelajaran malah dan saling memberi sokongan antara satu sama lain,” katanya.

Dalam pada itu, Maslizah berkata, dia bersama suami sebelum ini tidak menyambung pengajian disebabkan oleh kekangan masa dan menumpukan perhatian kepada keluarga.

Ujarnya, namun begitu, selepas empat anak membesar, mereka berdua memilih untuk menyambung pengajian kerana mempunyai masa mencukupi khususnya bagi mengulang kaji pelajaran.

“Sememangnya untuk menyambung pengajian ini adalah merupakan satu cabaran namun kami berdua dapat tempuhi semuanya dengan baik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya