Tiga hari terperangkap dalam banjir, 15 orang rayu bantuan

Tiga hari terperangkap dalam banjir, 15 orang rayu bantuan

LOKASI 15 orang dari tiga keluarga yang terperangkap di tingkat atas sebuah rumah sejak tiga hari lalu di Kampung Senor, Meranti, Pasir Mas, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seramai 15 orang dari tiga keluarga merayu pihak berkuasa untuk menyelamatkan mereka selepas terperangkap di tingkat atas sebuah rumah sejak tiga hari lalu selepas Kampung Senor, Meranti di sini dilanda banjir.

Rosilawaty, 42, berkata, mereka terpaksa menyelamatkan diri ke tingkat atas itu selepas air naik dengan mendadak.

Menurutnya, memburukan lagi keadaan paras air semakin meningkat dan kini sudah hampir mencecah lantai tingkat tersebut.

“Kami tidak dapat keluar menyelamatkan diri kerana air deras, pada masa sama ibu saudara ada masalah penglihatan. Ayah pula uzur.

“Sudah tiga hari terperangkap di sini, belakan elektrik terputus dan stok makanan hampir habis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rosilawaty memberitahu, ketika ini dia bimbangan terputus hubungan kerana bateri telefon semakin kritikal.

“Kami sudah habis ikhtiar meminta bantuan tetapi tiada siapa datang bantu bawa kami keluar,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN