Tiga beranak sambut Deepavali dengan ihsan kuih jiran

Tiga beranak sambut Deepavali dengan ihsan kuih jiran

S. VANNAKANI dan dua anaknya yang tinggal di rumah serba daif di Jalan Sungai Nibong di Teluk Intan. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Tiada kemeriahan sambutan Deepavali bagi seorang wanita warga emas dan dua anak lelakinya yang tinggal di rumah serba daif di Jalan Su­ngai Nibong dekat sikit.

S. Vannakavi, 72, dijaga dan tinggal bersama dua anak lelaki­nya, K. Guruvaran, 40, dan K. Khaandasan, 43, di rumah yang uzur akibat kemiskinan.

Menurut wanita itu, dia sedih kerana tidak berpeluang menyam­but Deepavali seperti keluarga lain yang mampu menjamu selera dengan pelbagai juadah.

Katanya, dia juga memahami keadaan anaknya yang tidak mampu menyediakan persiapan Deepavali kerana kedua-dua mereka bekerja sendiri.

“Sudah tentu saya dan anak-anak sedih kerana kesempitan hidup menyebabkan kami tidak mampu menyambut hari Deepa­vali seperti orang lain. Kami hidup dalam serba kekurangan malah mahu menyediakan kuih raya pun tidak mampu.

“Namun kesedihan kami sedikit terubat kerana ada jiran-jiran yang datang dan memberikan kuih sempena Deepavali. Pemberian mereka amat besar maknanya buat kami semasa Deepavali,” katanya.

Menurutnya, impian utama­nya ketika ini jika ada yang sudi membaiki rumahnya yang daif supaya dia bersama dua anak­nya dapat tinggal dalam keada­an yang lebih selesa.

Katanya, rumah papan yang dihuninya sudah terlalu uzur akibat dimamah usia sehinggakan banyak bahagian terutama atap bocor manakala dinding sudah reput.

Katanya, dia berharap ada pihak yang bersimpati dengan keadaan mereka yang terpaksa tinggal di rumah yang serba daif.

“Kami sudah lama menempuh kesukaran kerana keadaan rumah yang daif, memang rasa tidak selesa tinggal dalam rumah yang mengalami banyak kerosakan.

“Kami berharap ada pihak yang sudi membantu kami, impian dan harapan terbesar kami ialah untuk rumah ini dibaik pulih demi keselesaan kami anak beranak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya